Orang Malaysia kata nasi tu makanan ruji,
Hari-hari kena makan nasi,
Kalau tak makan nasi sehari jadi tak keruan,
Yang tak makan nasi hari-hari tu tak cukup Malaysian lah.
Tapi ...
Orang Malaysia juga kata,
Rambut sama hitam, Mata sama cekelat,
Hati lain-lain,
Maknanya, citarasa juga berbeza kan...
Jadi kenapa kalau tak makan nasi hari-hari dilabel tak cukup Malaysian? Bukankah citarasa berbeza?
Orang Melayu dulu kata,
Toksah la pompuan duk sibuk blajo sampai tinggi-tinggi,
Kang kamu ke dapur jugak.
Walaupun zaman dah berubah,
Ada gak yang ngomongnya gitu.
Jadi, adakah selama kehidupan seseorang itu, dia tidak pernah ke dapur? Mungkinkah dia dilarang ke dapur sehingga umurnya akil baligh?
*Macamana dia ambik nasi, pegi bukak peti ais???
Masa aku first time naik flight,
Aku sangat tak puas hati kenapa kena pakai tali pinggang keledar.
Padahal rasa selamat je. Boleh jalan-jalan.
Umur adalah darjah 4 kot masa tu.
Sains darjah 4 pasal tumbuhan.
Karbivor makan herbivor, Rantai makanan dan ekosistem.
Planet ada 9 semuanya, Dragonball ada 7.
Sailormoon ada kuasa bulan.
Takda dalam syllabus pasai apa kena pakai tali pinggang masa aircraft berlepas.
Adalah 10 tahun lepas tu baru aku tahu kenapa.
Almaklum.
Sekarang sains pasal boiler, fuel terbakar, combustion, heat, vibration,
Konon advance sampai lupa planet ada berapa sebenarnya, tu pakai hentam ada 9 je.
Bajet dah boleh jadi engineer.
Tapi macamana touch screen berfungsi pun 10 malam tak reti-reti,
Lagi tinggi gunung didaki, lagi banyak ilmu dipelajari.
Alangkah indah, jika semuanya tersemat di sanubari.
Apakan daya, bukan tidak mahu kata hati,
Cuma malas menjadi penyakit diri.
Orang kata,
Selalunya yang dok kaya raya ada bisnes ni anak org kaya.
Depa ada banyak modal.
Kalau kita ni orang biasa nak buat bisnes beso-beso, nghentikanle.
Buat perabih beghaih.
*Jadi, adakah ibu bapa kepada anak orang kaya itu juga merupakan anak kepada orang kaya ataupun mereka adalah anak kepada orang biasa yang berani mencuba kemudian menjadi kaya atau apa?
So, tak salahkan kalau aku nak mencuba?
Well, Bill Gates biasa sahaja dulu, Begitu juga dengan Tony Fernandes.
AirAsia punya proposal dah berapa kali kena reject dengan orang, nasib baik ada orang yang menerimanya, kini daku boleh terbang!
Bak kata orang Melayu,
Tuah ayam nampak di kaki,
Tuah manusia tak siapa tahu.
*entah macamana orang dulu-dulu baca tuah ayam. Aku tengok kaki dorang sama je*
Orang kata lagi,
Perempuan mana boleh buat apa yang lelaki buat.
Perempuan mana boleh sama dengan lelaki.
*Adakah ini merujuk kepada fakta biologi dan susunan tandas lelaki di mana perempuan tidak boleh buang air berdiri? Atau kepada perkara-perkara membabitkan akal, fikiran, kaki, jari, tangan?
Aku tengok perempuan lelaki dua-dua boleh kira, dua-dua boleh berjalan, elok je. HAHA.
Orang tua-tua kata,
Perempuan tak elok kawen lambat,nnti jadi andartu.
Perempuan skrg cakap:
Macamana nak kawen, jodoh tak sampai lagi.
Ustaz cakap:
Perigi digalakkan mencari timba.
*Ini sungguh payah kerana timba sudah punyai kaki, makin dihampiri, makin menjauhi. Mungkin perigi kena tukar jadi bathtub baru dapat kot?
Oh, jangan layan sangat. Ini semua gara-gara stress dengan PSM.
PSM okay bukan PSY.
It stands for Projek Sarjana Muda.
UTMers call PSM. HAHAHA :D
Selamat hari Isnin.
Sunday, December 2, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment