Friday, December 16, 2011

Sebulan - versi TIP team in general

Sebulan yang lepas, aku ada lah ikut satu program ni pergi Istanbul. Anjuran FKM UTM. Nama program tu, Turkey Internship Programme. Kitorang actually kena masuk labs dekat dua university, Istanbul University and Yildiz Technical University.

Okay, a lil bit info sebelum aku membebel lagi. Istanbul University is the oldest university in Turkey. University tu dah beratus tahun and seriously, bangunan dia cantik gila.!! Kitorang siap sempat pegi konsert hall dia dan ada lah sedikit feel macam dalam scene Brad Pitt and Angelina Jolie pegi jadi spies dekat konsert omputih tu kan. Yildiz pulak macam university yang moden lah. Kira kalau dekat Malaysia ni, YTU ni macam UniKL la aku anggap. 
Tengok pintu gerbang Istanbul Univ. Kami terpegun ! :D

Sebenarnya, aku pun tak sangka boleh pergi Turkey nih . Sebab aku dengan roommate aku masa sem lepas pun bagi nama main-main je. Masa nak hantar assignment lepas final (haha.ni kes hantar assignment lambat), ternampak poster. Pastu email la dekat prof bagi nama. Tak expect pun ada tempat kosong. Sekali rezeki kitorang, dapat pergi sebab ada dua kosong. 



Dan itulah juga yang terjadi kepada 12 orang yang lain.


Okay. Ini jujur. Aku tak sangka yang aku boleh get along dengan budak-budak nih. Senang cite TIP team nih. Mula-mula tu sebab yelah, ktrg kenal pun tak. Entah dgn sapa-sapa aku nak pegi Turkey nih. Aku kenal roommate aku, roommate aku pun kenal aku jugak. Ktrg communicate through fb group je masa cuti 4 bulan tu. Rupa tidak ku kenal hanya nama yang bermain di minda. Skali masa naik, first meeting jumpa dorang... Ada lah beberapa yang aku pernah nampak, ada seniors masa dip and ada jugak budak yang aku kenal dekat FKM tu. So, okay lah. Tapi still gabra semacam sebab yelah, dlu kenal pun tau muka. Tegur pun jarang kalau ada pun setakat berani senyum ni nak duduk sekali 2 mggu. Memang aku pun cuak gak la. Sebab dorg tak tau aku camne, aku pun tak tau dorg camne. So my roommate and I thought that bila dah sampai dekat Turkey, kitorang akan buat hal sendiri and etc. 


But...
Atas ferry! :)
That wasn't what happened. It was different than I have imagined! That was the best group ever! I was quite astonished at how close we have became in just two weeks time! Sebelum ni aku ingat, ala, dah habis turkey mesti masing-masing buat hal masing-masing, bawak diri macam sebelum ini, and etc. Tapi... TAK! Kitorang still meet up. And bila kitorang meet up mesti kecoh! :D Taktau nak cakap macamana, memang kitorang bukan kawan baik, macam bff ever after ke apa ke. Tapi we just clicked! Despite our different characteristics, our differences, our flaws and strength. We enjoyed being together. So,hopefully kitorang boleh pegi lagi satu trip together before mereka-mereka yang tahun 4 graduate. I really miss those two weeks where we were in Istanbul. I would regret not going. Macam-macam hal terjadi time dekat Istanbul. Of course, mestilah dalam setiap yang baik ada juga yang kurang baik.. tapi...banyak yang baik dari insiden yang kurang menyenangkan dan aku prefer to remember all those sweet memories than those bitter ones. 

So, kalau ada lah aku punya TIP team yang ter'stumble' dekat blog ku yang tidak seberapa ini... Di sini saya ingin mengatakan bahawa saya amat merindui 2 minggu di Istanbul dengan kalian semua. Kalau ada rezeki insyaAllah dapat pergi lagi pn, mesti feel dia takkan sama macam pergi dengan korang semua sbb korang mmg best! Thanks kepada Pengarah Program, Kak Fatin sebab anda mmg PP yang cool! ;D Special thanks kepada Prof Pakharuddin yang made all these came true! :D Hehe. Thanks prof. 



With new Turkish friends ;)

Topkapi Palace. :)

Taksim Square. Cantik. Tapi kedai mahalan semua!

Zaza. Qira. Del

All the girls. ;D

Dan kepada kaliannnnn.... Kalau saya ada buat salah silap di mana-mana harap dimaafkan. :)

0 comments: