Saturday, December 24, 2011

kisah sebulan setengah-got scammed!

Alkisahnya bermula sebulan setengah yang lepas. Di mana pada waktu itu matahari sudah menyinari bumi Istanbul. Tapi tidaklah panas mana kerana musim sejuk membaluti kami. Dan di tengah-tengah kawasan SultanAhmet itu, terdapat sekumpulan 6 orang pelajar dan tiga orang staf pengiring. Mereka sedang di dalam keterujaan yang melampau kerana buat pertama kalinya di Istanbul, dapat berjalan secara puas dan membeli-belah. 

Namun begitu, memandangkan jam biologi telah berbunyi menandakan sudah masuknya waktu untuk menikmati hidangan makanan. Maka, berjalanlah kumpulan tadi ke deretan kedai sambil dihujani oleh promosi-promosi dari mereka yang bekerja di restoran-restoran tersebut untuk mengajak mereka makan di kedai mereka. Dalam ramai-ramai yang berusaha mempromosi, terdapat satu pemenang...iaitu... Doner B&M ke apa tah namanya, penulis lupa ye. Tapi yang pasti adalah doner dengan b tu. 

Oleh kerana telah dijanjikan dengan kewujudan kebab, maka mereka dengan gembiranya melangkah ke dalam kedai tersebut. Mereka diberikan menu dan kemudian mereka pun meng-order lah makanan.

pemandangan dari restoran
Kemudian, sang "manager" (sebab baju dia up skit dari yang lain) berkata:
Manager : You want fries? 
Mereka (Setelah berdiskusi) : Hurmm, okay. 
Manager : okay, so 3 baskets of fries. 
Mereka (dengan muka pelik): No no! Only 2! 
Manager buat muka pelik. 
Manager : Do you want sauce? 
Mereka : What sauce? 
Manager : We have three sauces. Spicy, blablabla. 
Memandangkan semuanya mempunyai lidah melayu, hanya spicy yang didengar dan didambakan. 
Mereka : Okay, spicy. 

Apabila sos yang diidami sampai, sungguhlah tidak sedap dan tidak pedas langsung rasanya. Kemudian, makanan yang dipesan sudah tiba. Maka, mereka pun makanlah dengan pelahap sambil maintain kesopanan melayu asli. 
Sos yang tak pedas.

Tapi..... Setelah makan. Apabila bill tiba!!!! 

Ambik kau ! 






Su! Susu kambing okay :P

300TL. = MYR570.(approx)

errkkk. kenapa? sebab sos satu plate tu 6.50TL. And makanan yang kami order rupanya ada medium, small and large. In which the manager only asked us medium or large. Dia tak mention pun ada small di situ . Sedangkan harga dalam menu tu actually harga small. WTF!! And bila we did sound the manager, he just smiled. And took off our 300 TL without feeling guilty at all. And thiss.... Becomes the first cheating story of the day! :( 

discussion tak puas hati dgn sos. haha.
However, a few days after that... we had our dinner at Iskender Kebab restaurant . Should've gone to that restaurant earlier. It was superbly delicious. And no cheating in prices! But since kitorang dh pernah terkena sekali. ... Masuk je Iskender tu kitorang tanya each and everything kena charge ke tak. 

so...betul la bila orang kata... Jauh berjalan. Banyak pengalaman :)   

Ini makananku. Gedabak banyak. Kalau dia cakap ada small takda la membazir.

Banyak sangat membebel, lupa nak memberitahu watak terlibat. Mereka adalah saya sendiri. Shaqira-miss roommate. Del - miss american girl. Memey - miss jangan kasi dia marah. Hafish - korean boy. Fateha - miss obses dgn bag. Kak Aizan - mummy num 1. Kak Sahana - mummy muda. And Kak Mai - ketua mummy. 

:)