Hari Isnin yang baru lepas ni, aku balik lah terkedek-kedek dari Ipoh ke Kuala Lumpur, sebabnya ada project yang kena settlekan and kena present sebelum habis cuti study week. So,dalam kemalasan dan keberatan hati, aku pun balik lah ke KL lepas duduk kat rumah dua hari. Okaylah. Then, jumpa diba kat sentral..Lepas makan KFC,kitorang pun gerak lah nak balik ke kolej kesayangan, KSJ.
Dalam tren yang tak ramai orang sebab waktu lunch, orang semua tengah sibuk pelahap makanan, aku dengan diba pun duduklah. Sekali masa dekat stesen KLCC, aku nampak A.Samad Said dengan anak dia kot, naik tren. Dorang duduk betul2 depan aku. Pakaian simple je. Yang penting, aku perasan dekat tangan dia, dia pegang paper bag Kinokuniya. Well, Kinokuniya takkan bagi paper bag kalau belian tu tak sampai RM100. Selalunya lebih dari RM100 baru dia bagi paper bag.

Tak kisah lah pasal paper bag Kinokuniya tu.Yang aku nak cite, dalam tren, dia duduk dan dia tak de lah pandang kiri kanan atas bawah tengok orang. Tapi dia duk belek buku yang dia baru beli. Bukan satu dua buku yang dia beli, tapi 3 4 kot tak salah. Yang aku yang duduk depan dia ni duk tercaguk lah tengok.
As we all know, dia bukanlah seorang yang muda macam aku. Kalau nak diikutkan dah boleh dipanggil aku punya atuk. Tapi, dia membaca. Dan hidup dia adalah dengan buku. Kalau orang yang dah berusia pun masih boleh membaca, apa lagi lah kalau muda-muda lagi yang macam aku ni kan.
So, I learnt something that day. Reading is important. It doesn't matter what you read, but you need to read, despite of your age, family background, race, religion or anything else. Reading is crucial. Especially to gain knowledge. Sepatutnya orang yang lebih muda ni lagi banyak lah membaca dari yang dah berusia sebab baru setahun jagung kat dunia, kena tahu banyak lagi benda,tapi zaman sekarang ni benda jadi terbalik. Bukan lah nak point fingers at other teenagers, macam aku ni pun membaca sangat, no. But just as a reminder for all of us, so that we realise how important it is to read, and make it as a habit. Even if it is just daily newspaper.
So. people.. Let's start reading! :D

0 comments:
Post a Comment