Aduhai. Salah sendiri!Padan muka kau zaza. Beli tak nak pulak tengok-tengok. Depan mata pun tarak nampak. Spek dah tebal macam kanta pembesar pun tak nampak lagi. Kang dah membazir.
Nasib nasib. Entah-entah sebab aku tak pergi class thermo kot petang semalam? Mungkinkah terjadi karma di situ? Hahaha. Itu merapu. Tak apa Dr! Semester depan saya takkan ponteng thermo lagi. (kalau ada kena ambik lagi lah.hehe, hopefully not!).
Alkisahnya, dalam pukul 6.20 lebih macam tu, aku dengan muka excited sebab nak balik rumah pun pergilah browse website kesayangan nak beli tiket. Tapi agaknya sebab dalam kepala asyik ingat KL-JB, instead of membeli dari JB ke KL, aku pun dengan confidentnya menekan KL-JB. Dah siap bayar-bayar semua baru perasan rupanya KL-JB yang aku beli. Memnag terbaiklah dunia.Aku hanya mampu senyum dan ketawa dalam kesedihan. Duit kot tu. Aduhai. Tapi salah sendiri lorh, patutnya aku check lah betul2 kan sebelum submit payment. So, dengan begitu penuh harapan...aku pun call la service center. Dia pulak suruh pegi submit feedback form, but dia pesan, do not get any hopes high. Dan aku pun kenalah beli balik tiket to KL.
Hopefully tak ada lah forfeited macam tu je tiket tu. Nak tukar date dgn time, kena tambah RM70. Baik aku beli tiket baru. Rasanya macam dah burn lah tiket salah aku tu. So, padan muka kau zaza! Tapi aku masih mengharap sinar bahagiaaaa. Oh tolonglah bersinar cahaya suria!
Kenapa aku duk sibuk cerita ni kat blog aku? Oh, bukan bukann mau menunjuk ke apa ke. Tapi, things happened kan? Maybe, hari ini, esok dan seterusnya ada jugak orang yang akan salah beli tak kisah lah tiket ke, baju ke, apa ke yang tak kisah lah harga berapa pun, dan dah membazir.
Aku rasa duit aku salah beli tiket tu kalau derma kat Palestin dah boleh kenyang dalam 3-4 orang. Memandangkan benda dah jadi, tak boleh nak rewind balik macam dalam cerita doraemon atau charmed.. terima sahajalah sebagai dugaan. :)
Pengajaran pengalaman sengal aku :
1. Lain kali kena bukan setakat double, tapi triple check! Walaupun dah selalu beli ke apa ke.
2. Jangan ponteng class. Jangan jadi macam aku. Hehe.
3. F.O.K.U.S! Itu penting ketika membuat sesuatu . Kalau fikiran melayang fikir benda tah apa-apa, nanti itulah yang terjadi.
4. Apa yang sudah terjadi itu, sudah terjadi. Kalau sudah terjadi, terima sahajalah dengan hati yang terbuka. Mungkin itu bukan rezeki, dan rezeki mungkin di tempat yang lain :)


4 comments:
aku suker pngajaran part no.2...!!! hahhaahah
Hahaha. Kau pun ponteng class cam aku wehh :P Dulu-dulu kala lah. Tapi aku berazam ni sem depan tiada pontengan. Class aku semua pagi ;)
hye~ thanks dtg baca blog. Thus entry klaka, next time be careful na haha..
heyy :) thank youuu. alright. akan be careful :)
Post a Comment