So, inilah kehidupan kami orang bujang itu. Memandangkan kami student yang tinggal di dalam kolej, which means bahasa senangnya, dalam bilik yang diprovidekan dalam kawasan uni, kitorang tak ada lah "leverage" macam pots and pans or dapur gas bagai untuk memasak pelbagai juadah untuk santapan harian . Jadinya, option paling senang yang lain adalah ... MAKAN LUAR. So untuk satu semester lpas kitorang banyak makan kat luar, bukan takat banyak...memang hari-hari lah kan. Sebab mane ada tempat nak masak semua. Bilik pun kecik, sebesar sekangkang buaya *tak nak sebut kera. sebab dah bosan sini banyak sangat spesies mamalia tu*
Dalam makan kat luar tu, banyaklah dugaan. Sebab kat kolej ni masa tu, Mak Nab punya kedai tak bukak. Oh, kedai Mak Nab ni kedai bawah blok aku. So, sama ada pegi makan kat kedai indon kat blok U7 or makan kat kolej 9. In which, aku banyak lagi prefer makan dekat K9. Jauh jugaklah sikit. Nak turun memang relax je. Nak naik balik, memang dah hadam dah semua makanan yang dimakan. Nak naik bukit, mmg la kan menggunakan tenaga yang banyak .
So, dengan kepenatan dan kejauhan makanan untuk dibeli setiap hari, my roommate and I decided untuk masak sendiri. Masa mula-mula setakat masak sardin, telur goreng, nasi goreng je. Nasi putih still beli dekat indon kalau mak nab tak bukak. Kadang-kadang masak sup. Tapi tak banyak sangat la pun yang dapat dimasak. Sebab masak dalam rice cooker je pun . Huhuh .
Itu cerita masak simple semester lepas. Semester ni memang kegempakan terasa. Sebab my roommate bawak satu rice cooker.Aku ada satu.So, total semua ada dua. Itu yang macam lagi galak kitorang masak. Siap beli ikan , ayam dan sebagainya dekat Econsave, or Giant. Oh oh, berjaya jugaklah masak ketam yang sedappp guna rice cooker tu. Walaupun resipi tah hape-hape dengan barang tak ckup, tapi make do jelah dengan apa yang ada kann ?
p/s: Siapa kata budak mechy perempuan tak pandai masak? Bole jeee:P HAHAHA. Oh oh. Ini ikan cencaru kukus dengan sweet n sour pny laukk . Dari aku seorang yang jahil mengenai spesies ikan,da kenal cencaru macamana rupa.


6 comments:
kou pasti ke takde minyak hidraulik or minyak brek or pape jenis minyak laa pun yg dijadikan ramuan secara tak sengaja dlm lauk tue???
PASTI. POSITIF. Dan segala perkataan yang menunjukkan aku yakin 100%. HAHAHA. :P
Ok aku lawak apa kawan ko si Qamarul ni cakap. tak tahan aku nak gelak. Ahahhahah!
HAHAHA. gelak gelak. dia bukan kawan aku. dia "Bapa" pura-pura aku kat fb. HAHAHA.
haha ye anakku
hahaha.see?
Post a Comment