Thursday, February 18, 2010

Antara mimpi,angan-angan dan kenyataan


Satu hari..Mimpi, Angan-angan dan Kenyataan duduklah minum-minum petang dekat satu kedai mamak ni.Yelah, petang-petang nak buat apa lagi kan? Mesti lah duduk lepak-lepak, tambah-tambah hari minggu.


Nak dijadikan kisahnya, Mimpi, Angan-angan dengan si Kenyataan ni adalah tiga sahabat. Ala-ala DO RE MI. Tengah dorang sedappp menghirup teh ais si mamak tu, dorang nampak seorang hamba Allah ni. Nama dia, Manusia. Manusia ni, duduk sorang-sorang je kat kedai mamak tu. Muka dia nak kata sedih pun tak, nak kata happy pun tak. Mungkin dia ni jenis yang ada penyakit emotion disorder kot, tak boleh nak tunjukkan perasaan. Tiba-tiba Manusia bersuara, "Kan bagus kalau mimpi aku semalam boleh jadi kenyataan. Penat aku berangan-angan tapi habuk pun tak ada. Haish"


Mimpi, Angan-angan dan Kenyataan pun membuat lah ulasan sendiri kat meja dorang.


Mimpi : Kenapa Manusia mengeluh pulak? Kan dah bagus tu aku datang dalam suasana yang baik, kalau saya jadi buruk macamana? Nnti kau jugak yang takut.

Angan-angan : Ish, kau tu cuma mimpi je Mimpi, mainan tidur.

Mimpi : Eh, apa kau cuba nak cakap ni? Kau tu angan-angan je, pasal kau lah, Mat Jenin jatuh pokok hari tu.

Kenyataan : Yang korang berdua ni nak bergaduh tak pasal-pasal kenapa? Korang berdua tu, dalam khayalan je ha, aku ni haa, baru lah nyata beb.

Angan-angan : Ko ingat benda boleh jadi kenyataan ke kalau tade angan-angan haa?


Dannn...teruslah mereka bergaduh sebab nak menangkan diri masing-masing. Masa dorang tengah sibuk bergaduh..dorang tak perasan, ada tiga boleh dikatakan "awek" lah kan, masuk kedai mamak ni. Nama dorang pulak Semangat, Usaha dengan Doa.

Dorang ni duduk pun tak jauh dari meja yang tengah bergaduh. Dorang tengokkkk je. Macam pelik dengan perangai si Mimpi, Angan-angan dan Kenyataan.


Boleh dikatakan, kedai mamak tu da jadi macam pasar malam sebab dorang bergaduh. Nak dijadikan cerita, si Manusia tadi rupanya tengah tunggu kawan dia. Nama kawan si Manusia ni, Cendiakawan. Cendiakawan ni pelik sikit, sebab dia tak suka suasana bising-bising, sebab bagi dia, mengganggu otak dia nak berpusing.

Jadi, dia pun pegi lah kat meja yang tengah bergaduh macam orang tak sedar apa. Mamak tuan punya kedai pun tak berani nak dekat, sebab takut kena pelangkung.


Si Cendiakawan ni pun cakap.


Kau semua ni tak kawen lagi, sebab tu lah panas baran. Lagi satu bila tak ada pasangan, hidup tak sempurna. Kenapalah kamu bertiga nak bergaduh ? Masing-masing ada keistimewaan sendiri, cuma kamu harus bergabung tenaga kalau mahukan kejayaan.

Mimpi, kamu seorang je, mana lah boleh berjaya. Bila seseorang manusia itu bermimpi, dia haruslah mempunyai Semangat untuk menjadi Mimpinya itu suatu yang benar-benar berlaku. Kalau setakat mimpi, memang tak dapat hasilnya. Angan-angan, kalau tiada Usahanya manakan nak datang hasilnya? Maka, Angan-angan dan Usaha itu perlu bersama.
Kenyataan pula takkan berlaku tanpa keredhaan Allah, maka Doa manusia itu adalah penting. Supaya apa yang diimpikan itu mendapat keredhaan Allah...


:)

3 comments:

Unknown said...

money isnt everything but everything is money. huhu. yeahhh,nobody can be trusted nowadays

zaza. said...

yeah.
you comment dekat post yang salah ke?
but kalau tak ada duit, live simple sudahlah. ni nak jugak beli yang mahal-mahal.last-last, kena buat benda yang tak elok.

RDC said...

huhu.. zaza!!! follow blog saya...
awie-boleh.blogspot.com